بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dalam hidup ni..semakin kita dewasa, semakin kita akan nampak matlamat untuk hidup sebagai insan yang bernyawa itu apa? Bukan sekadar ingin mengejar impian atau mahu menggenggam kebahagiaan diiringi hiasan kemasyhuran kiri, kanan, depan, belakang. Tetapi…ada matlamat lebih penting dari itu.
Menjadi hamba ALLAH SWT yang sentiasa mencari erti KEREDHAAN disetiap sudut jiwa dan raga disebalik tinta UJIAN.
KECEWA
Jika diukur rasa kecewa yang menghuni dalam sanubari, pasti tidak akan terkira oleh apa pun. Dan hari ini, aku melihat ramai yang menghilangkan rasa kecewa mereka dengan menyakiti yang lain. Alasannya..
“aku tidak bahagia seperti kamu jadi kamu juga perlu merasa kesakitan dan kekecewaan seperti aku demi keadilan sebuah kehidupan”
Kenapa perlu menyuntik kekejaman demi meraih kebahagiaan? Kenapa tidak memilih jalan terang untuk mewarnai setiap liku kehidupanmu dalam merawat luka kekecewaan yang bersarang dihati?
Kawan…
ALLAH SWT itu tidak pernah tidur. DIA memerhati kita setiap waktu. Dan menurunkan UJIAN sebagai tanda kasihnya pada kita. Berkali-kali kita disajikan dengan kata-kata nasihat..
“tiada makhluk yang sempurna di muka bumi ini. Yang sempurna itu hanyalah ALLAH SWT. Kita hanya hambanya yang diberi pinjaman untuk merasai nikmat kehidupan buat seketika”
Tetapi..kehancuran demi kehancuran dilakukan kita sehingga melewati batasan. Yang lemah terus tertindas. Yang berkuasa atau “membeli” kuasa, terus bermaharajalela atas jiwa-jiwa yang sengsara.
Kawan…
Jika hatimu sedang sakit, jiwamu sedang meronta hiba dek kerana kecewanya dengan segala ujian yang bertandang..kembalilah pada DIA. Bukan mencari bantuan dari yang lain hingga kau terlupa bahawasanya dia itu juga makhluk ciptaan ALLAH SWT yang diberi sedikit kelebihan untuk membawa kebaikan di atas muka bumi ini bukan menduakan ALLAH SWT. Andai dia menyesatkan, kau juga terpalit.
Mari sama-sama kita muhasabah diri sesungguhnya. Cuba kawan…cuba sebaiknya. Lakukan apa sahaja demi redha ALLAH SWT bukan untuk dapatkan redha dari makhluk.
Wallahua’lam…